BestArif

Jom Bisnes

Home
Ubat IQ/Makanan Minda
Pesanan/Hubungi Kami
Jom Bisnes
Q & A

Wakil Jualan Negeri - diskaun 50%

Syarat:
1. Belian pertama RM10,000.00 sahaja selepas diskaun 50%.
2. Belian kedua dan seterusnya tidak kurang RM1,000.00 sahaja.

Faedah Niaga:

1. Boleh melantik Wakil Jualan Kawasan dan mendapat 'override discount 10%
2. Nama tersenarai disemua bahan promosi syarikat seperti brosur , web dan media cetak.
3. Mendapat sokongan perniagaan

Brosur - 2000 keping
Kad perniagaan - 1000 keping
'Bunting' - 10 keping

Wakil Jualan Kawasan - diskaun 40%

Syarat:

1. Belian pertama RM2,000.00 sahaja selepas diskaun 40%.
2. Belian kedua dan seterusnya tidak kurang RM200.00 sahaja.

Faedah Niaga:

1. Boleh melantik sub ejen yang tidak berdaftar dengan memberikan diskaun mengikut budibicara ejen.
2. Nama tersenarai disemua bahan promosi seperti brosur , web dan media cetak.
3. Mendapat sokongan perniagaan

Brosur - 100 keping
Kad perniagaan - 100 keping
'Bunting' - 1 keping

Sertailah sekarang Wakil Jualan BestArif dengan menghantar maklumat anda sekarang juga dengan mengisi maklumat seperti dibawah.

Peraturan Niaga

1. Promosi/Showcase Usahawan/Pameran
1.1 Wakil Negeri dan Agen boleh mendapatkan produk pada
kadar diskaun 50% secara kredit.
1.2 Perbelanjaan pengambilan dan penghantaran,sewa dan
perkara berkaitan dengannya ditanggung sendiri.

2. Belian

2.1 Semua belian adalah secara tunai.
2.2 Pembelian minima RM200 untuk agen dan RM500 untuk
wakil negeri.

3. Hak Edaran

3.1 Wakil Negeri boleh melantik agen kawasan mengikut
keperluan strategi perniagaan.
3.2 Urusan perlantikan ini mestilah dirujuk ke
ibupejabat.
3.3 Agen kawasan boleh melantik subagen dimana-mana di
Malaysia dan keutamaan diberi kepada kawasan yang di
wakili.
3.4 Urusan perlantikan ini tidak perlu dirujuk ke
ibupejabat.
3.5 Wakil Negeri, Agen Kawasan dan Subagen boleh membuat
jualan dimana-mana dan tidak terhad dikawasan yang
diwakili termasuklah e-dagang.

4. Produk,Pemulangan dan Penukaran.

4.1 Produk yang diterima dari ibupejabat atau
dipulangkan semula oleh pelanggan disebabkan
kerosakan, kesilapan, kecacatan dan perkara
berkaitan boleh dipulangkan dan diganti semula
selagi produk belum tamat jaminan tempoh hayat.
Proses penggantian ditanggung sepenuhnya oleh
syarikat.
4.2 Produk boleh ditukar dengan produk yang sama atau
produk lain yang sama nilainya selagi belum tamat
tempoh. Caj penghantaran ditanggung sendiri.

5. Hak Mutlak Syarikat

5.1 Menjadi hak mutlak syarikat untuk menarikbalik
perlantikan menjadi wakil negeri, kawasan atau
subagen sekiranya didapati melanggar etika
perniagaan atau yang boleh mengganggu perjalanan
perniagaan.

5.2 Syarikat berhak menambah,menukar dan mengubahsuai
produk,harga, pelan perniagaan mengikut kesesuaian
strategi yang difikirkan perlu oleh syarikat.





Nama
Email
Telefon
  

BestArif Homeopharma Industry * 27, Aras 1 , Aked MARA * 81000 Kulai * Malaysia
 
Telefax: 60-07-6633644